Tuesday, 8 December 2015

Teman Tapi Mesra

.: Takde Jodoh atau Aku Tak Suka Lelaki ? :.
 (part 1)
  
December 2014 - Aku mengenali seorang lelaki yg merupakan kawan kepada Ex Scandal aku. Actually dah lama friends dengan dia kt Wechat, tapi tak pernah contact. Sampai la satu masa tu, aku tegur dia, dapat posting hospital mana, memandangkan dia Medical Assistant, dan baru tahu tempat posting. Pastu kiteorang mulai rapat, dan first meet awal bulan 12. Tak berdebar sangat. Aku ingat lagi mase diaa melintas jalan menuju ke kereta aku. Mula-mula agak segan, tapi lama-lama boleh adapt since dia jenis satu kepala dengan aku. Lepas tu, kiteorang selalu hangout berdua, tengok wayang, makan sana sini.

Januari 2015 till Febuari 2015 - Kiteorang rapat, tapi takde lah sampai setiap hari contact pun. Just diaa rajin comment kat moments aku yang aku post hampir setiap hari. Sikap diaa, cara dia hormat aku, aku respect. Persis Ex aku. Mase tu aku anggap dia kawan lelaki yang paling baik aku. Sehinggalah satu hari, duit OT dekat seribu ringgit baru masuk. Dan aku teringin sangat nak belikan hadiah utk diaa sempena birthday dia. Punyalah runsing sampai Mak yang tolong pilihkan. Dan tiba hari yang aku ingin berikan hadiah tu, aku kerja double, tapi aku bawak pakaian aku lepas da setup masa untuk keluar dengan dia. Last minute, dia canclekan. Punyalah menangis aku. Kecewa tak terkata. 'Ah, how stupid I am'. Aku merajuk dengan dia, mesej diaa tak reply. Selang 3 hari lepas tu, dia ajak aku jumpa, aku pun keluar sebab nak bagi hadiah tu kat dia. Spanjang dalam kereta tu, ke Country Garden, aku senyap je. Dia tak putus2 pujuk.Masa hantar dia balik tu, aku tolak diaa dari kereta aku, then bagi hadiah tu kat diaa, then aku blah. Adoyai, malu rasa. Dan boleh pulak kunci rumah diaa tertinggal kat kereta aku, terpakse laa menghadap balik muka diaa.

Mac 2015 - Aku tak tahu kenapa, happy sangat lately tu. Dah mula berbunga-bunga pulak hati. Ciss, aku tewas lagi dengan perasaan aku. Diluahkan ke Geng Princess. Aku tersayang dia ? Alamak. Aku perasan gak macam aku cemburu semacam kalau kawan-kawan perempuan diaa contact diaa non stop. Alahaiii, nak ajee confess feeling ni kat diaa, tapi aku taknak kehilangan diaa. Aku taknak jadi macam dulu kisah yang aku pernah confessed feeling kt someone, at last aku tak dapat ape pun. Aku merajuk lagi, dan kali ni dia pujuk aku berkali-kali, sampai la diaa give up. Dia post something on his moments Wechat. Then terus takde dah contact lagi. Feeling bad huh when we lost someone that we love most? haha.. Dari situ baru aku sedar, aku memang tersayang kat diaa, sampai aku rasa aku dah boleh lupakan Fith lepas setahun single.

Bulan April aku ada jumpa diaa, tapi situasi dah lain. Aku pun rasa dia dah lain. Kiteorang tengok bola sama2 kat stadium, kadang-kadang kat Dataran JB. Tapi rasa janggal sgt. Dan last meet kiteorang around July 2015, masa tu berbuka puasa dekat Restoran Sangkar Crystall, Taman Pelangi. Then tengok wayang. Time tu masing-masing dah berpunya. Dia milik si dia, dan aku in relay with Kimie. By the way, aku masih lagi sayang, dan sangat rindukan dia yang dulu. Tapi takde jodoh la katekan. Hoping he would be happy beside his lover. Dan pesan pada hati, cepat-cepatlah lupakan diaa. Unfair to Kimie mase tu. Tapi tetap tak boleh. Nostalgia berlaku bila aku dengar lagu Dahsyat - Mojo dan Biarkanlah.

" Sungguh dahsyatnya cintaku kepada kamu, aku mohon jangan pergi,
menyiksaku dengan rindu " 

 







   

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers