Wednesday, 9 December 2015

In Relay Again ?

" Takde Jodoh atau Aku Tak Suka Lelaki ? "
Part II

 June 2015 - Decided to involve in relay? Haaa, yang ni sangat singkat. Perkenalan yang dikenali melalui Wechat Nearby tahun lepas, masa aku still dengan Amer Azizie lagi, aku berkenalan dengan Kimie. After a years have been scandal, diaaa pun da broke up dengan awek diaa, then diaa decide nak serius dengan aku. 
Everything was smooth and very nice at the moment. Sanggup naik flight untuk datang JB, berbuka puasa, bercuti sama2. Tapi lama2 aku macam jadi rimas bila dilayan macam budak kecik. Dia baik, tapi disebabkan terlalu sayangkan aku, dia asyik mengalah dan selalu menangkan aku. And few reason yang aku sangat pantang tentang lelaki, dia telah lakukan. Memang unacceptable. Tapi aku tahan, aku diam. Sebab aku nak  teruskan jugak relay ni.

November 2015 - Aku mula stress. Empat perkara yang datang serentak. Family, Friends, Kerjaya dan Lelaki. 

1) Bab keluarga ni, aku terkesan dengan sikap Ayah sebenarnya. Dia dah berubah. Setiap kali aku ada kat rumah, adeee je yang tak kena. 
2) Hal Kerja. Dah tak seronok rasanya kerja dengan macam2 arahan. Itu tak kena, Ini tak kena. Tambahan pulak aku kena aim. Then yang kena jadi mangsa kawan baik aku, tak pepasal kena sound dengan orang atasan. Warning untuk aku katanyee. Adoyai, quite stress. 
3) Pastu bab kawan pulak, aku rasa entahlah. Macam dipulaukan pun ada. Aku left group kononnye taknak berderet2 mesej masuk, kononnye nak privasi, dapat tidur yang tenang. Before left tu pun, aku private mesej dengan Tini, explain all those thing. Mujur dia faham. Tapi, lama2 macam jadi gaduh pulak. Adee yang tak faham. Siap personal attack. Haihh. Aku cuma nak ruang dan masa.
4) Lelaki. Si Kimie selalu jadi tempat aku lepaskan amarah, luah perasan, menangis. Semuanya la. Sampai satu masa, aku macam taknak cerita. Tapi dia pakse2. Gaduh jugak laa. Nak dijadikan cerita, masa 3 minggu lepas, lepas diaa dah moving to JB, kami keluar makan. Then saje2 stalker FB diaa, sekali tu nampak pulak yang dia search Ex diaa. Yang aku bengang tu, diaa tipu aku, katanye tu searching lama. Padahal aku dah clear search history diaa haritu. Pastu, aku diam, malas nak layan sebab aku tersangat sakit hati. Tapi diaa boleh pulak tepuk bahu aku dari belakang. Makk aiii, aku memang sangat pantang lelaki naik tangan ni. Memang prinsip aku, kalau lelaki berani naik tangan, aku tinggalkan. Then kiteorang terus balik. Sepanjang dalam kereta tu, kiteorang saling tengking meneking satu sama lain. Sampai la Pasir Gudang. Tu pun diaa taknak turun dari kereta aku. Akhirnya diaa turun jugak. Esoknya, terus aku hantar mesej nak breakup. Naahhh, senang. 

"Kehidupan aku selepas tu tidak tenang seperti yang dijangka."
Kimie mula datang ke tempat aku parking di hospital, follow aku. Sampai menggeletar kaki aku. Aku pinta dia pulang, then aku berlari ke tempat kerja. Sampai je kat tempat kerja, terus aku telefon Fith, aku menangis. sebab tak tahu  nak diluahkan kepada siapa.
Besoknye pulak, dia datang ke rumah. Menangis2. Ayah ada di rumah ketika itu. Mujur diaa tidur di bilik, so Mak saja yang tahu diaa datang.Then aku bawak diaa ke taman dekat rumah aku, kiteowg discuss dekat sejam. Pun dia masih tak faham2. Finally aku paksa dia balik, sebab aku nak rehat untuk kerja malam.
After 2 days, aku parking dekat asrama. Tetibe makcik guard panggil, ingatkan aku ada buat kesalahan. Tetiba makcik guard bagi sejambak bunga. Terus menggigil badan aku. 

Dia terus mesej dan mesej. Aku biarkan saja mesejnya kerana taknak serabutkan hari-hari aku. Aku mengambil peluang ini untuk berbaik dengan geng Princess. Alhamdulillah, walaupun tak serapat dulu, tapi kami contact each other. Ayah pun dah mula berubah ke arah kebaikan.

3rd December 2015 - Alhamdulillah Ayah tolong selesaikan masalah aku dan Kimie. Sekarang, Kimie dah tak ganggu aku dengan mesej dan call. Aku pula kembali kepadaNya. Dalam setiap doa dan solat yang didirikan, semoga hati ini diberikan ketenangan. Memang aku mengaku sunyi, tapi aku pecahkan kesnyian itu dengan lafaz doa, solat dan bacaan surah. 

8th December 2015 - Harini aku tetapkan hati untuk terus bersujud kepadaNya. Dan aku tak kesah sekiranya aku ditakdirkan bujang sehingga tua. Asalkan tiada lelaki yang menyusahkan dan membebankan hidup aku.

" Aku penuh dengan dosa dari kisah silam, dan aku harap aku belum terlambat untuk bertaubat. "

















  

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers