:: its hurt but i have to face it ::
the best way is keep on your life as nothing happens as well..
always give your smile to your client even your heart is hurt..
hai, macam-macam masalah tentang hubungan aku ni..
aku admit, dia memang perfect sangat depan aku sehinggakan aku pernah kata nak share dia dengan semua perempuan yang disakiti oleh pasangannya agar mereka juga boleh merasai kebahagiaan yang aku rasa..
tapi sayang, di sebalik kebahagiaan yang aku kecapi ini, rupa-rupanya aku didustai..
cewahh ayat aku, sememangnya aku bukan wanita yang minat jiwang-jiwang ini..
mungkin sebab itu dia meluahkan isi hatinya pada orang lain..
ku akui, ini kali kedua dia mendustakan aku..
selama setahun segala rahsianya tersimpan rapi sehingga aku tergerak hati untuk membuka FB nya..
menggigil tanganku sewaktu membaca setiap kata-kata yang diberikan oleh perempuan-perempuan tersebut..
bukan seorang tetapi dua orang..
lantas bermain di fikiranku, 'kalau aku tahu dia akan curang aku sebegini, aku akan memilih Paul Frank dulu.. mungkin sekarang aku bahagia'
memang kejam bunyinya, tapi aku tak sanggup dipermainkan sebegini..
tu belum campur dengan kes skandal-skandal dia..
hah, ade yang kata aku ini terlampau bodoh kerana terlampau baik menerima dirinya walaupun dah berkali-kali dia melukakan hatiku..
4 tahun kami bersama, namun dalam tempoh itu, boleh dikirakan 5 perempuan telah dikantoikn oleh aku..
aku masih tak tahu brpa banyak sebenarnya hubungan dia..
"aku berdoa kepada yang Maha Esa, mudah-mudahan dipertemukan jodoh dengan insan yang baik budi pekertinya, yang mampu membimbingku ke jalan Allah"

No comments:
Post a Comment