Sunday, 20 May 2012

sahabat..

:: kehilangan ::
putera nazren iskandar atau prince nazren..
tu nama facebook dia..
seorang lelaki yang aku kenali pada lewat tahun 2011..
seorang yang cheerful, happy go lucky, dan sentiasa memberi semangat..
semangat setiakawan amat kuat dalam dirinya..
walaupun pada dasarnya, dia sangat terseksa dengan kehidupannya..
tetapi dia tetap mahu mengembirakan kawan-kawannya agar tidak merasa kesusahan dan keseorangan yang pernah dia alami..
dan sering dia berkongsi segala luahan isi hatinya tentang insan yang begitu dia sayangi..
bagaimana terluka hatinya, bagaimana ia mengembirakannya..

kereta ferrari, memiliki bungalow, menjadi seorang yang berjaya seperti ayahnya semestinya impian arwah..
yang membuatkan aku dan Ham paling terkenangkannya ialah lagu Awie..
arwah amat suka kalau karaoke lagu Awie..


semasa aku kehilangan Ham suatu ketika dulu, dialah yang aku hubungi dan dia jugalah tempat aku menangis meluahkan perasaan aku..
walaupun masa tu, dia tipu aku demi kepentingan Ham..
ketika aku kesepian dan tiada kawan, dialah yang memberi kata-kata semangat untukku agar tabah menjalani kehidupan..
dia selalu puji aku depan orang lain..
aku tahu dia nak aku merasa yakin dengan diri aku sendiri..

aku masih ingat di CS Jb, kasut aku terputus..
dia jugalah yang beriya-iya cari selipar untuk aku pakai..
semuanya indah tentangnya..
dia terlalu baik di kalangan orang yang pernah aku jumpa..

"SAHABAT,aku doakan kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. tak mungkin aku dapat temui sahabat sepertimu.. terima kasih atas semuanya.. aku dan Ham takkan pernah buang kau dari ingatan kami.." 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers