Thursday, 17 December 2015

Kasih Ayah

:: Kasih Seorang Ayah ::

Sesampai sahaja aku di rumah setelah tiba dari KL, ayah dan mak menyambut kami.
Dilayan seperti anak yg baru balik dari perantauan (sedangkan baru sehari je pegi).
Aku makan sambil tonton drama Tersuka Tanpa Sengaja dengan mak dan ayah.
Setelah tamat drama tu, masing2 ke bilik. Tinggal lah aku dan ayah.
Dia main application Piano kat handphone S6 edge dia.
Saje aku mengusik dia.
Tiba2 ayah kata, 'Akak nak dengar tak lagu happy birthday? Ayah dah terer'.
Aku pun jawab, ' Boleh aje'.
Lalu ayah mainkan lagu tu dengan aplikasi piano tu, khusyuk betul.
Aku di sebelahnya, tiba2 mata aku berair.
Puas aku menyeka, tapi tetap tak mahu berhenti. Bimbang ayah nampak aku cengeng.
Mahu aje aku peluk dia sambil menangis, tapi aku tahan diri aku.
Ayah masih khusyuk.
Teringat zaman kecik2 dulu, ayah selalu pasang lagu tu or dia akan nyanyikan lagu tu setiap kali birthday ahli keluarga kami.
Terfikirkan aku akan kehilangannya suatu hari nanti, buat aku sangat sebak.
Sumpah, aku menyesal sebab tak luangkan masa dengannya selama ini.
Aku tahu ayah sunyi. Setiap kali dia pulang dari kerja, anak2 dia jarang ada kat rumah.
Protes mungkin.
Tapi lepas aku dengar yang Kimie cerita tentang pertemuan dia dan ayah, buat aku tersentak.
Ayah sangat2 sayangkan anaknya, walaupun dia terlalu over- protective.
Cara ayah bercerita kat Kimie, seolah-olah dia sangat rindukan anak-anak dia.
.
Dan aku bersyukur, Allah sedarkan aku.
Dia tarik 'sesuatu' dari aku, dan menggantikan'sesuatu' yang sangat bermakna.
Dan aku tak kesah kalau aku kehilangan 'sesuatu' itu, tapi aku sangat2 tak sanggup untuk kehilangan kasih Ayah.
 
 
"Begitulah awan nano, setia melindungi diri tika panas mencuba meggores pipi dan bibirmu,
Kasihnya kasih tiada banding, setia tiada tara, bagaimanapun jua"
 
 
 
 
 

Daisypath Anniversary

Daisypath Anniversary tickers